******



7 Mei 2009 - Adik Muhammad Hafiz Bin Mohd Aris murid Kelas Pendidikan Khas SK Serom 3 telah menjadi Johan dalam pertandingan Azan Subuh . Pertandingan ini diadakan sempena program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Muar/Ledang 2009 yang diadakan di SK Parit Jawa. Adik Hafiz juga mewakili kelas Pendidikan Khas SK Serom 3 dalam pertandingan Tilawah Lelaki Junior dan telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Dengan kemenangan ini adik Hafiz akan mewakili Daerah Muar/Ledang dalam pertandingan Azan Subuh pada peringkat Negeri yang akan diadakan di Daerah Muar pada bulan ini. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan.

;;