******



7 Mei 2009 - Adik Muhammad Hafiz Bin Mohd Aris murid Kelas Pendidikan Khas SK Serom 3 telah menjadi Johan dalam pertandingan Azan Subuh . Pertandingan ini diadakan sempena program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Muar/Ledang 2009 yang diadakan di SK Parit Jawa. Adik Hafiz juga mewakili kelas Pendidikan Khas SK Serom 3 dalam pertandingan Tilawah Lelaki Junior dan telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Dengan kemenangan ini adik Hafiz akan mewakili Daerah Muar/Ledang dalam pertandingan Azan Subuh pada peringkat Negeri yang akan diadakan di Daerah Muar pada bulan ini. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan.



22 Apr 2009 - Murid Pendidikan Khas Menyertai Pertandingan Nyanyian Patriotik Sempena Minggu Anti Dadah SK Serom 3 2009

Pada 24 Feb. 2009 Sukan Pendidikan Khas peringkat daerah Muar telah di adakan dI SMK Tengku Muhmud Iskandar sg .mati. Semua sekolah menghantar wakil-wakil menyertai sukan tersebut . Kelas Pendidikan Sek. Serom 03 telah menghantar seramai 6 orang murid menyertai sukan tersebut.
Acara sukan bermula pada pukul 9.00 pagi . Berbagai-bagai acara telah diadakan . walaupun terdapat ganguan cuaca tetapi acara sukan tetap meriah. sukat diberhentikan pada pukul 1.00 peting untuk rehat. sukan diteruskan sambung semula pada pukul 2.30 petang . acara sukan berakhir pada pukul 5.30 petang .

;;